Tuesday, May 18, 2010

Designer Poster Filem 2 Alam yang memalukan

Filled under: ,

2  alam

Sebuah entri ringkas sahaja mengenai sebuah poster filem seram tempatan bertajuk “2 Alam” yang akan dipertontonkan tidak lama lagi. Filem terbitan Datuk Dr. Rozmey Che Din yang mensasarkan filem ini akan box office dan memecahkan tradisi kutipan tiket at least RM12 Juta.

Persoalan timbul di mana kalau nak sasar’kan keuntungan sebesar itu bagaimana kalau dah poster pun ciplak dari filem luar? Penerbit filem ini harus menampar muka designer poster filem tersebut laju-laju kerana telah memalukan pihak penerbitan dan juga designer-designer tempatan yang lain pada masa yang sama. Ini assignment poster budak-budak design baru masuk University boleh la saudara ciplak sikit-sikit dari poster filem luar.

Kalau student pun pandai just buat reference. Tapi designer poster 2 Alam ni agak keterlaluan apabila menggunakan gambar background filem Exorcism.

poster-2-alam

Kalau dah memang betul-betul sebiji, tak payah nak nafikan sebab orang ramai tak buta. Kalau ada yang nak nafikan, mungkin mereka itu adalah buta seni.

Trailer 2 Alam

Apapun we all harap, kehebatan cerita ini nanti akan berjaya menutup perkara yang memalukan mengenai poster filem ini. Alahai, bukan susah pun nak buat background macam tu. Apa salahnya buat sendiri kan? Nak panggil si Gadis Lonely tu jadi model pun boleh. Tak mahal, 10 ribu je. Hehehe.

0 comments: