Fasha Sandha Belanja Kaum Keluarga Tonton Double Trouble. Wow!

stevecarell 1 Fasha Sandha Belanja Kaum Keluarga Tonton Double  Trouble. Wow!

Tidak sangka kami yang Fasha Sandha minat akan muzik rock sampaikan sanggup membawa satu keluarga untuk menonton Double Trouble hujung minggu ini.

Ruangan Gossip Kita (Murai.com.my) menyebut hari ini yang Fasha Sandha sudahpun membeli 20 tiket konsert untuk menyaksikan konsert ini bersama dengan ahli keluarga nanti.

Seperti yang ramai sudah sedia maklum, konsert Double Trouble ini akan menyatukan dua nama besar dunia rock Malaysia di’atas satu pentas — Wings & Search.

Ramai juga anak-anak muda di’tempat kerja kami yang sudah tidak sabar-sabar untuk rocking ala awal 90-an dahulu. Kami mampu tengok dari jauh sahaja.

Siapa yang pergi & nampak kelibat Fasha Sandha bersama kaum kerabat’nya, ambil gambar & hantar kepada kami ya? Nanti kami belanja Oreo.

Post a Comment

0 Comments