Nabila Selamat Lahirkan Kheisya Laila, Amy Search Kini Seorang Datuk


Cepat betul masa berlalu. Rasanya baru sahaja kami ceritakan pasal Nabila Huda yang dah mengandung 5 bulan. Tup-tup dah pun selamat dilahirkan anak perempuan Nabila Huda nie. Mesti comel macam mak dia jugak. Nama pun cantik molek dan sedap disebut. Kheisya Laila. Memang cantik namanya.

Tentunya orang paling gembira ialah Amy Search yang kini dah pun bergelar datuk dengan kelahiran Kheisya Laila nie. Pasnie mesti Amy yang paling sibuk nak menjaga cucunya. Tak boleh nak bayangkan macam mana keterujaan Amy Search dengan kelahiran cucu perempuannya nie.

Kepada Nabila Huda dan suami, ucapan jutaan tahniah dari kami kepada anda. Jaga kesihatan elok-elok. Berpantang elok-elok. Pastikan dah sembuh sepenuhnya barulah boleh berlakon atau pun menyanyi balik. Nanti kalau kami dapat carik gambar anak Nabila Huda nie, kami akan sharekan di sini. Tahniah sekali lagi dari kami.

Post a Comment

0 Comments