Sekitar Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2009/2010

pphm

Minggu lalu telah berlangsung Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) untuk tahun 2009/2010 sempena ulangtahun ke-25 tahun Media Hiburan hadir memeriahkan Industri hiburan tanah air. Anugerah ini tidaklah sebesar Anugerah Bintang Popular atau Anugerah Juara Lagu, tapi boleh tahan ramai jugalah selebriti yang datang untuk memeriahkan majlis. Anugerah ini berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. (Balik dari Saloma Bistro, boleh jalan kaki pergi Zouk kejap ye tak? Tak gitu artis-artis sekalian?)

Berikut adalah senarai pemenang anugerah yang tersedia pada hari tersebut.

1. Artis Lelaki Paling Bergaya – Anuar Zain
2. Artis Wanita Paling Bergaya – Erra Fazira
3. Artis Lelaki Berkulit Cantik – Dafi
4. Artis Wanita Berkulit Cantik – Siti Nurhaliza
5. Artis Lelaki Mata Mengancam – Dr Fadzley
6. Artis Wanita Mata Mengancam – Rozita Che Wan
7. Artis Lelaki Hidung Memukau – Jimmy Shanley
8. Artis Wanita Hidung Memukau – Rita Rudaini
9. Artis Lelaki Gigi Tercantik – Diddy AF
10. Artis Wanita Gigi Tercantik – Lydia Ibtisam
11. Artis Lelaki Bibir Seksi – Norman Hakim
12. Artis Wanita Bibir Seksi – Linda Onn
13. Artis Lelaki Rambut Menawan – Anuar Zain
14. Artis Wanita Rambut Menawan – Fouziah Gous
15. Artis Kacak – Kamal Adli
16. Artis Jelita – Diana Danielle
17. Pesona Artis Baru – Scha Al Yahya
18. Artis Lelaki Paling Sensasi – Azwan Hj Ali
19. Artis Wanita Paling Sensasi – Abby Abadi
20. Anugerah Khas Media Hiburan – Siti Nurhaliza
21. Anugerah Penghargaan Istimewa Media Hiburan – Ramlah Ram

Petikan Akhbar Sinar Harian.

Siti Nurhaliza, Anuar terima dua anugerah PPMH09/10

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menjadi penerima Anugerah Khas dalam Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2009/10 (PPMH09/10) anjuran majalah hiburan popular tanah air, Media Hiburan, terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

Beliau juga turut terpilih sebagai pemenang kategori Artis Wanita Kulit Tercantik dalam majlis yang berlangsung dengan gilang-gemilang di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Anuar Zain menjadi artis kedua selepas Siti yang berjaya menerima dua anugerah dalam dua kategori iaitu Artis Lelaki Paling Bergaya dan Artis Lelaki Rambut Menawan.

Penyanyi senior, Ramlah Ram pula sebagai penerima Anugerah Istimewa PPMH.

Anugerah PPMH yang mula diperkenalkan sejak tahun 1996 itu bukan sahaja bertujuan untuk menghargai dan meraikan golongan artis tetapi juga memberi peluang kepada peminat untuk mengundi artis kegemaran mereka.

Sebanyak 19 kategori dipertandingkan dan keputusannya adalah seratus peratus di tangan pembaca yang membuat undian sejak awal menerusi borang PPMH dan juga sistem pesanan ringkas (SMS).

Semua Pemenang PPMH menerima hadiah berupa trofi dan hamper.

Majlis yang dihadiri ramai barisan artis popular tanah air seperti Erra Fazira, Umie Aiza, Scha Al-Yahya dan Diana Danille sempena meraikan ulang tahun ke-25 Media Hiburan sebagai majalah hiburan nombor satu tanah air.

Turut hadir, Penerbit Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin, Pengurus Saloma Bistro, Mohd Yazid Abd Aziz dan Pengarah Urusan Kumpulan One Drop Perfumes, Josafri Johari.

Dihoskan oleh dua pengacara sensasi, Along Raja Lawak dan Didie Alias, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada One Nation Emcees, Elyana, Fabulous Cat, Adam, Alyah, Shiela OIAM, Black dan Ramlah Ram.

Dan berikut adalah gambar suasana dan keadaan semasa Anugerah berlangsung.

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

pphm

Post a Comment

0 Comments