Sinar FM Kini Radio Nombor 1 Malaysia

radio nombor 1 malaysia

Tiada guruh tiada kilat, tiba-tiba radio Sinar FM merampas takhta radio nombor 1 Malaysia. Paling hebat hampir 2 juta pendengar layan Sinar Pagi setiap hari. Memang mengkagumkan. Radio Era kini di nombor 2 manakalah HOT FM jatuh terduduk sampai nombor 3. Apa sudah jadi? Semuanya sudah kalah dengan muzik retro daripada Sinar FM.

Walaupun keputusan dari Nelsen nie tak boleh dipercayai sangat, tapi harap-harapnya pihak yang terlibat tue bukaklah mata sikit. Orang sekarang dah boring kalau tetiap hari asyik mainkan lagu sama je. Selang sejam keluar lagu sama. Dalam sejam ada 5 lagu Indonesia. Tak pun dalam sejam tue 3o minit memanjang iklan je. Sapa tak menyampah kan?

Buat Sinar FM, teruskan usaha anda untuk memartabatkan lagu-lagu old school Melayu. Anda memang best. Tahniah dari kami kerana berjaya menjadi radio nombor 1 Malaysia.

Post a Comment

0 Comments