Julfekar ada apa2 ke dengan Mardiana Alwi?

Nama pelakon Mardiana Alwi mungkin masih kurang dikenali jika dibandingkan dengan pelakon popular lain. Namun bakat dan kemampuan pelakon berusia 22 tahun ini tidak boleh dipandang rendah. Malah sehingga kini, bekas pelajar ASWARA dan Universiti Malaya ini telah membintangi pelbagai drama termasuklah teater muzikal 'Impak Maksima', 'Sri Mersing', 'Bukan Dejavu', 'Intan Yang Tercanai' dan 'Bangsawan Tun Fatimah Srikandi Melaka'.

Walaupun sedar kehadirannya masih terlalu hijau di dalam industri seni, Mardiana nekad untuk menceburi bidang nyanyian. Kini dia bekerjasama dengan komposer popular, Julfekar yang yakin dengan kualiti vokal yang dimiliki oleh gadis manis dari Johor Bahru ini.


Julfekar yang sebelum ini pernah menaikkan nama Azharina dan Farawahida serta pernah dikaitkan dengan pelbagai cerita kontroversi, sedikitpun tidak membuatkan Mardiana runsing. Sebaliknya dengan yakin dia memberitahu dia bekerjasama dengan Julfekar atas dasar profesional dan tidak melibatkan soal hati atau perasaan.



**credit to gua.com**

Post a Comment

0 Comments