Liyana Jasmay Di Pulau Perhentian

Segalanya indah di Pulau Perhentian dan percutian kali ini lebih menarik dengan kehadiran Liyana Jasmay (LJ) & The Band menerusi program traveloque popular, Xpresi Kembara.

Bukan senang melihat sisi kehidupan berbeza LJ yang sentiasa sibuk dengan karier lakonan dan nyanyiannya. Peluang mengenali karakter dan telatah LJ sepanjang percutian di Shahrila Resort dengan pelbagai aktiviti menarik pastinya ditungu-tunggu peminat gadis kecil molek ini.

Kali ini Xpresi Kembara bakal merendam anak muda kelahiran Pahang ini dengan aktiviti menyelam scuba bersama ahlinya yang lain. Walaupun nampak mudah, namun LJ tetap diberi bimbingan jurulatih berpengalaman.

Aktiviti diteruskan pula dengan melakukan snorkeling di Pulau Rawa dan Taman Laut. Asyik dengan keindahan dasar laut, batu karang dan ikan-ikan jinak membuatkan mereka terleka matahari sudahpun terbenam. Namun menariknya, mereka tak perlu pergi jauh untuk melihat hidupan laut beraneka jenis. Ikan-ikan jinak akan menghampiri dengan hanya menabur cebisan roti di permukaan air.

Peminat juga boleh melihat bagaimana terujanya LJ mengunjungi Turtle Spot. Melihat keletahnya terjun untuk berpaut di atas penyu di atas dasar laut amat menggelikan hati. Namun usahanya gagal kerana penyu tersebut melarikan diri, mungkin ketakutan ataupun terkejut selebriti popular ingin menunggangnya.

Sekali lagi keberanian LJ diuji apabila dibawa ke Shark Spot. Dia yang pada mulanya tidak percaya Pulau Perhentian mempunyai jerung bagaimanapun pucat lesi setelah melihat sendiri ikan pemangsa itu di depan mata.

Post a Comment

0 Comments