Saiful Apek Ingin Berehat Sebentar Dari Dunia Hiburan


Terkejut juga membaca berita tentang Saiful Apek yang nak berhenti (berehat) daripada dunia hiburan. Mungkin semuanya berkaitan dengan kes Saiful Apek ditahan kerana didakwa memiliki ganja baru-baru ini. Logiknya sudah tentu Apek tak tahan dengan cacian, kutukan dan maki hamun rakyat Malaysia tentang kesilapan dia.

Setiap manusia buat salah cuma disebabkan Apek seorang selebriti kesalahan dia tu semua orang tahu. Apek pun dah mengaku kesalahan dia dan sekarang sudah insaf.

Saya insaf! Saya percaya untuk menjadi manusia yang baik, saya perlu terlebih dulu melalui insiden buruk. Soal imej buruk atau sebaliknya, itu terpulang kepada masyarakat. Dengan rendah hati, saya mengakui tidak layak untuk diangkat sebagai ikon atau contoh kerana ikon sejati ialah Rasulullah SAW

Semoga anda benar-benar insaf dan akan muncul kembali dengan satu semangat yang baru. Gunakanlah masa berehat ini untuk bersama keluarga dan berfikir sedalam-dalamnya.

Percayalah, masih ramai yang sayangkan anda dan mahu melihat anda kembali berlawak untuk orang ramai.



Post a Comment

0 Comments