Fasha Sandha Sedih Kena Hentam Dengan Kak Pora

twitter fasha sandha

Kalau anda baca BiPop semalam, pastinya anda akan terbaca ruangan Kak Pora yang menghentam Fasha Sandha dengan penuh jayanya. Memang hebat tulisan tersebut. Tengok tajuknya yang berbunyi “Benarkah Jejai Cintakan Fasha” sudah cukup untuk membuatkan diri ini teruja. Bila membaca isinya, kami dapat membayangkan apa yang dirasai oleh Fasha.

Kesian pulak kami kat Fasha. Betul jugak kata dia. Kalau tak mengaku orang kata hipokrit, kalau mengaku orang hina. Mesti Fasha blur sampai tak tahu nak buat apa. Mungkinkah ini balasan atas segala yang Fasha buat selama ini?

Tapi kalau anda baca artikel Kak Pora semalam, ada jugak betulnya apa yang ditulis. Fasha je yang mengaku dia cintakan Jejai, tapi Jejai tak mengaku lagi. Mungkinkah pisang berbuah dua kali? Ingat tak dulu Fasha pernah mengaku dia cintakan Qabil tapi last-last bertepuk sebelah tangan je.

Untuk membaca sepenuhnya apa yang ditulis oleh Kak Pora, sila baca artikel ini selengkapnya.

HEBOH juga dalam industri hiburan apabila aktres cantik yang penuh kontroversi, Fasha Sandha berani buat kenyataan kini dia sedang bercinta dengan bekas suami pelakon Nora Danish, Toh Muda Rizal Ashram Ramli. Mungkin ramai peminat dan mereka yang tidak ikuti perkembangan kisah Fasha dengan Rizal Ashram yang lebih mesra dipanggil Jejai itu adalah satu kisah panas dan mengejutkan.

Sebenarnya tidak. Di kalangan wartawan hiburan memang dah lama tahu mereka nampak macam sedang bercinta sebab ada saja gosip yang didengar mengenai kemesraan mereka termasuk pernah dilihat bersama di pusat karaoke dan pusat hiburan, selain yang terbaru pertemuan mereka di Pulau Lang Tengah, Terengganu, baru-baru ini. Pertemuan itu dapat perhatian sebab Jejai sanggup naik helikopter untuk buat surprise kepada Fasha yang ketika itu sedang mengikuti penggambaran sebuah drama di situ.

Kak Pora sebenarnya tak terkejutlah bila dapat tahu Fasha buat pengakuan dia mengaku sedang bercinta dengan Fasha. Fasha memang berani beri kenyataan sebegitu. Dulu, ada juga dia mengaku sedang bercinta seorang kerabat diraja Johor dan beriya-iya mengaku memang ada hubungan istimewa tetapi kesudahannya tidak betul pun cerita tu! Begitu juga kenyataan cintanya dengan lelaki lain termasuk Qabir Ambak, seorang jaguh ekuestrian negara. Dalam kenyataannya pada Rabu lalu, Fasha juga beritahu wartawan, dia sebenarnya dah kenal Jejai tujuh tahun lalu dan dia tidak pasti masa itu sekadar untuk seronok berkawan atau menguntum cinta. Maksudnya, dalam tempoh itu memang mereka ada hubungan baik dan lebih daripada seorang kawan biasa.

Kak Pora teringat lagi, masa Jejai nak bercerai dengan Nora Danish dulu, kecoh juga apabila Fasha dikaitkan sebagai pengacau dan perosak rumah tangga orang. Tetapi Fasha menafikan. Sekarang tentu orang kata sudah terang lagi bersuluh. Tentulah ramai yang akan buat persepsi khabar angin yang mengatakan Fasha menjadi punca rumah tangga Nora dan Jejai hancur berkecai dulu, kini sudah terbukti. Susah fasha nak tepis kalau orang kata macam tu, sebab situasinya memang nampak Fasha yang menjadi puncanya meskipun Fasha sendiri sudah menafikannya.

Kalau tak masakan sampai sekarang Nora dan Fasha tak boleh bersua muka. Entahlah masih terbayang wajah comel Nora yang derita mengusung perut yang sarat mengandung ketika diceraikan. Tapi, biasalah siapa nak mengaku, kan? Dan beberapa foto yang sering tersebar di internet bukan kes aniaya Fasha, sebaliknya nak tunjuk kebenaran Fasha dan Jejai sememangnya menjalin hubungan cinta. Cuma, pengakuan Fasha bahawa dia kini sedang bercinta dengan Jejai begitu lambat dibuat.

Kak Pora sebenarnya dah letih rasanya tengok Fasha ‘main wayang’! Kak Pora pelik juga, kenapa sekarang baru nak mengaku? Bila dah timbul cerita Tiz Zaqyah cuba merebut cinta Jejai, tahu pula Fasha macam takut saja. Kalau Tiz rampas sekalipun ketika itu rasanya tak salah, mereka kan tak bercinta lagi. Ini barulah kes buku bertemu ruas…
Nak tergelak juga baca kenyataan Fasha: “Memang Jejai kekasih saya. Saya mengaku kerana sekarang kami sah bercinta. Dulu, saya tak mengaku kerana belum ada kata putus. Hubungan kami atas dasar persefahaman kerana kami berkenalan selama tujuh tahun. Entahlah, susah Kak Pora nak percaya kenyataan artis bernama Fasha Sandha.

Fasha ni selalu propa dan buat gimik murahan untuk menarik perhatian umum. Maklumlah dirinya dah suam-suam kuku, kenalah buat gimik panas. Dan pengakuan bercinta dengan Jejai adalah gimik terbaru Fasha. Sudah-sudahlah Fasha, Kak Pora dah muak rasanya. Bukan ke sejak dulu lagi Fasha memang tergila-gilakan Jejai?

Kak Pora bangkitkan soal ini sebab Jejai tak buat pun kenyataan yang dia cintakan fasha! Apa buktinya. Suka berkawan dan suka bersama untuk bermesra tidak semestinya cinta sejati seperti pasangan yang sedang bercinta. Jejai kena tampil untuk buktikan kenyataan Fasha itu benar dan sahih, selain kena mengaku cinta mereka itu ikhlas untuk ke jenjang pelamin. Kak Pora cabar Jejai dan Fasha! Desas-desu lain yang Kak Pora dengar, emak Jejai dikatakan tak restui hubungan Fasha dengan anak lelakinya itu. Kita tunggu sejauh mana cerita ini terus menjadi panas dan hangit…

Post a Comment

0 Comments