Maria Tunku Sabri Kalah Saman Bekas Kekasih Gelap RM5.5juta


“If your boyfriend doesn’t want to marry you because you are married, sue that bugger” – @loveykatz

Mungkin kami sedikit lambat dalam mengikuti kes aneh Ratu Makan Malaysia ini, namun keputusan hari ini tidak memihak kepada Maria Tunku Sabri.

Maria Tunku Sabri memfailkan tuntutan RM5.5juta terhadap Datuk Wan Johani Wan Hussin yang di’katakan melanggar kontrak untuk mengahwini beliau.

Mahkamah memutuskan yang kontrak itu tidak sah & tidak bermoral kerana ketika kontrak itu di’buat, Maria Tunku Sabri masih bergelar isteri orang.

Peguam yang mewakili Maria Tunku Sabri masih dalam perbincangan sama ada untuk mengemukakan rayuan sekali lagi atau tidak.

Nasihat kami jangan. Kontrak tersebut jelas & terang membuka pekung di’dada Maria Tunku Sabri sendiri.

Tindakan memfailkan tuntutan jutaan ringgit ini pada kami tidak lain tidak bukan hanya bermotifkan kewangan & bukan untuk menegakkan apa-apa hak atau keadilan.

Post a Comment

0 Comments