Keputusan Separuh Akhir Muzik-Muzik


black sofia jane

Yes!!! Lagu Sofia Jane nyanyian Black berjaya menjadi salah satu calon untuk berentap di Anugerah Juara Lagu 25 nanti. Inilah lagu wajib untuk kami nyanyikan jika bertandang ke karaoke. Memang satu lagu yang sukar. Kami tabik spring kepada Black kerana mampu menyanyi dengan muka seposen.

Untuk makluman, ini adalah keputusan separuh akhir Muzik-Muzik minggu kedua. Keputusan minggu pertama boleh diperiksa di sini. Ada lagi 2 minggu sebelum finalist untuk ke AJL25 diketahui sepenuhnya.Berikut adalah 6 lagu layak untuk minggu kedua ini.

1. Jahat – Stacy
2. Drama King – Meet Uncle Hussain
3. Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafali
4. Susun Silang Kata – Aizat
5. Sofia Jane – Black
6. Ku Ada Kamu – Adira

Rasa tak sabar pulak nak tunggu AJL25. Mesti semua finalist hebat-hebat belaka.

Post a Comment

0 Comments