Sunday, December 5, 2010

Maizawati Nafi Rumah Tangga Bergelora

Filled under:

maiza dan suami

Baru-baru ini kecoh satu dunia apabila Maizawati menulis luahan hati yang agak menusuk jiwa di Facebook Maizawati Zainal. Tulisan tersebut seolah-olah menunjukkan yang ada orang ketiga di dalam rumah tangganya dan suami. Tetapi semalam segalanya telah diterangkan oleh Maiza di dalam Harian Metro. Kata Maiza:-

Jangan salah faham. Apa yang saya tulis hanya berkaitan kisah silam saya dan sekadar suka-suka menulis bagi melihat kemampuan saya dalam bidang penulisan. Tak sangka pula ada pihak mencetuskan kontroversi dengan menimbulkan tanda tanya sama ada hubungan saya dengan suami bergelora mungkin kerana ada orang ketiga.

maiza dan suami

Sebenarnya Maizawati tak ada nak luah apa-apa. Semua hasil tulisan di dalam Facebooknya cuma latihan untuk dirinya menulis novel. Kami nampak memang Maiza agak berbakat dalam buat karangan. Mana taknya, satu tulisan di wall Facebook sudah boleh cetus kontroversi sampai tahap ini.

maiza dan suami

Nak kata ada orang ketiga, memanglah ada dan orang ketiga itu bayi dalam kandungan sayalah. Apa yang saya tulis di dalam Facebook pun dijadikan isu. Saya rasa saya nak tulis apa, saya tulislah. Lagipun, saya bercadang menulis novel, justeru, apa yang saya tulis di laman Facebook sekadar mahu mengasah bakat dalam bidang penulisan

Inilah bahananya apabila menjadi seorang selebriti. Apa yang ditulis di Facebook pun boleh jadi kontroversi. Tapi sepatutnya Maiza pun kenalah berhati-hati sedikit. At least letaklah info cakap status ini hanya latihan untuk saya mengarang novel. Barulah tak ada kontroversi yang bakal tercipta.

maiza dan suami

Kalau anda nak baca tulisan Maizawati di Facebook yang ditulisnya, sila baca artikel ini sepenuhnya.

Khas Buat Suami Yang Tercinta

Ingatlah masa cepat berlalu tapi jangan pernah kau berubah dan mungkiri serta khianati cinta dan janji sumpah setia kita bersama.

Alangkah perit hidup yg lalu ku tempuhi dan masih segar dlm ingatan akan peristiwa pahit namun kau pernah berjanji dan bersumpah yg kau bukanlah DIA dan tidak akan pernah sama dengan DIA.

Jadi buktikanlah sayangku yang kau suami dan kekasih sejatiku dunia dan akhirat.

Ingatlah jangan terlalu asyik mengikut nafsu dunia sedang dunia ini makin tua dan jangan kau duduk dalam khayalanmu semata bangkitlah dan sedar bahawasanya tiada siapa yang tahu hanya kau dan aku sahaja mengetahui segalanya.

Jagalah amanah yg kau terima ini dengan sebaik mungkin, jangan kau sakiti hatinya yang terlalu nipis bak tisu mudah terkoyak bila terkena air mata yang berderai.

Dalam hatinya ada kamu dan tidak pernah terdetik dia ada yang lain inilah janjinya. Selagi kau masih setia pada yang satu.

sumber:beautifulnara

0 comments: