Rabecca Nur Islam Bakal Adakan Sidang Media Umum Majlis Kahwin


Bukan calang calang artis yang mampu adakan sidang media & mengundang sekalian alam hiburan untuk umumkan majlis perkahwinan.

Rabecca Nur Islam yang baru sahaja di’hambat kontroversi (ke?) berkenaan gambar seksi & nama beliau ini di’khabarkan bakal berkahwin.

Wartawan media perdana sudah pun menerima jemputan ke sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinan Rabecca Nur Islam pada 10 Disember ini.

Sidang akhbar penuh glamor ini bakal berlangsung di butik Chopard, KLCC yang mana merupakan butik kegemaran pelakon jelita ini.

Rabecca di’khabarkan sudah menjadi pelanggan setia butik mewah ini sejak enam tahun dulu & barang hantaran perkahwinan Rabecca juga di’katakan terdiri dari barisan barangan mewah berjenama Chopard.

Siapa bakal suami Rabecca Nur Islam? Itu semua akan terjawab pada sidang media 10 Disember ini.

sumber:rotikaya

Post a Comment

0 Comments