Gambar Majlis Pertunangan Adzriefaiz & Suliza

Selain pengacara Syera Aiyob yang dah melangsungkan pertunangan dengan Zahiril Adzim baru-baru ini, seorang lagi personaliti TV3 iaitu Adzriefaiz juga turut bertunang pada hari Sabtu lalu, 28 Mei 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.
Kalau ada yang tak kenal, Adzriefaiz adalah seorang wartawan event untuk Muzik-Muzik di TV3, sekarang ni tengah sibuk keliling satu dunia untuk mengacara program Makan Angin musim ke-2 untuk TV9. Dengar-dengar, program ni ada shoot sampai ke Indonesia, Sabah dan Sarawak. Dalam masa yang sama, Adzriefaiz juga turut menjadi hos di Karnival Jom Heboh bersama Aidid Marcelo. Terbaru, beliau dengarnya akan mengarah satu program istimewa untuk Hari Raya khas untuk juara AJL. Selain itu, Adzriefaiz juga tampil berlakon dalam beberapa buah drama TV tempatan.
Majlis pertunangan Adzriefaiz dengan gadis pilihannya, Suliza Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Liz berlangsung pada jam 4 petang di rumah tunangnya. Budiey masih ingat, pada 3 tahun lalu pernah ambil gambar diorang ni di satu event kat Planet Hollywood. Kira lama dah diorang ni kenal, kira-kira 6 tahun sudah. Eloklah tu, tak elok nak tunggu lama-lama. Baik langsungkan aje. Tapi bukan senang nak kawin di zaman sekarang ni. Banyak belanja, so nak kena kumpul duit banyak-banyak, baru boleh kawin.

Adzriefaiz


Adzriefaiz


Adzriefaiz

Menurut Adzriefaiz, mereka berkenalan semasa Adzriefaiz tinggal di Kajang. Pada mulanya, Adzriefaiz berkawan rapat dengan kembar Liz, dan dari situ Adzriefaiz kenal dengan Liz. Alhamdulilah, sampai sekarang, hubungan mereka berputik pula dengan rasa cinta sepasang kekasih.
Adzriefaiz rancang untuk melangsungkan majlis nikah pada 25 Disember tahun ni. Uik tu dah tarikh Krismas, kira senang la nak buat anniversary, maklumlah banyak sale masa tu kan.
Hantaran pertunangan 5 berbalas 7 dulang. Baju yang dipakai Liz ni direka oleh Qudin. Selamat bertunang buat kedua-duanya, semoga selamat melangsungkan majlis nanti.


Adzriefaiz
sumber:joyyah
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments