Siapa kata Waheeda tidak aktif lagi, malahan isteri kepada Akhil ini lebih dan terlebih aktif lagi adalah. Hehe. Penampilan Waheeda juga dah banyak berubah, semuanya dah tertutup kecuali matanya maknanya dia sekarang berpurdah sepenuhnya. Waheeda ni kerjanya sekarang jadi komposer lagu dua lagu ciptaannya iaitu Ighfir Zunubi dan Subhanak diberikan kepada suaminya. Selain itu Waheeda juga seorang businesswoman dengan membuka kedai menjual perniagaan abaya (jubah Arab).
Ada lagi, dia juga aktif dalam pejabat yang baru ditubukan oleh dia dan juga suaminya yang diberi nama Akil Hayy Network (Syarikat yang mengendalikan program ibadah Umrah). Terbaru, Akhil dan Waheeda membawa rombongan seramai 30 jemaah mengerjakan umrah. Baguslah kalau macam tu Waheeda, semoga berbahagia kehendaknya.-sumber sinarharian
______________________________________________________
0 Comments