Filem Hantu Bonceng Lakonan Zizan & Julianna Evans

Ahmad Idham akan tampil dengan filem komedi seram yang dibintangi oleh Zizan raja lawak dan Julianna Evans. Kami dah menonton trailer filem Hantu Bonceng. Memang kelakar betulah. Filem ini akan ditanyangkan 31 ogos nanti iaitu masa hari raya puasa. Tak sabar pula kami nak menontonnya. Paling tak tahan, ada satu scene tu Zizan berbogel depan Juliana Evens. hahaha..


Sinopsis


Filem yang berkisarkan kisah seorang pemuda bernama Amran yang gemar berlumba motor drag secara haram. Konflik bermula apabila gadis Bohsia iaitu Maya yang dimenanginya dalam sebuah perlumbaan haram terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia setelah dibonceng oleh Amran. Sejak kejadian itu hidup Amran tidak tenteram kerana sering diganggu oleh hantu Maya yang meminta supaya mayatnya disempurnakan. Amran meminta bantuan kekasihnya, Halimaton serta rakannya Kunyit untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.

Apakah yang bakal berlaku seterusnya kepada Amran?

Nantikan tayangan filem komedi yang bakal membuatkan anda pecah perut ini di pawagam bermula 31 Ogos 2011 bersamaan Hari Raya Aidilfitri ini

Sementara tu, layan dulu trailer Hantu Bonceng di bawah ni.







______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments