Thursday, June 30, 2011

Jom Gamatkan Festival Muzik KL 2011!

Filled under:


Buat peminat Dato’ Khadijah Ibrahim, Datuk M. Daud Kilau, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan, One Nation Emcees, Azlan and the Typewriter, Suki Low, Najwa Mahiaddin dan Bahbola, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan artis kesukaan anda semua di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tarikh 1 – 3 Julai 2011 ini jam 8.30 malam.

Acara tersebut diadakan bersempena dengan FESTIVAL MUZIK KL 2011 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Konsert yang bertemakan “Kembara Muzik: Klasik ke Kontemporari” ini akan membawa penonton melayari perjalanan dunia muzik Malaysia dari zaman tradisional klasik ke zaman kini yang menggabungkan kehebatan para pemuzik profesional dan Orkestra Tradisional Malaysia dibawah pimpinan Aubrey Suweto.

Tiket - tiket dijual pada harga RM250, RM200, RM180, RM150, RM50 dan boleh didapati di www.Ticket2U.Biz.

Aktiviti-aktiviti lain yang berlangsung di kawasan parkir Istana Budaya pula akan diadakan secara terbuka dan percuma kepada orang ramai.

Aktiviti-aktiviti tersebut seperti pameran dan jualan produk-produk muzik seperti gitar, gambus, cetakan baju, jualan album lagu dan persembahan konsert terbuka oleh kumpulan-kumpulan muzik dan artis-artis baru dan popular tanahair serta beberapa aktiviti pertandingan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

0 comments: