Yusof Haslam Jumpa Pekida Jumaat Ini Untuk Menjernihkan Keadaan


Pihak Skop Production akhirnya mengambil jalan tengah apabila mahu berdamai dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) selepas filem KL Gangster terbitan syarikat itu dikatakan mempersendakan pertubuhan berkenaan.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Pekida Jumaat ini di Restoran Haslam, Jalan Pahang, dekat sini untuk mencari jalan perdamaian agar masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.

"Pertemuan ini dibuat atas tujuan untuk berdamai antara pihak kami dan Pekida. Kalau boleh kami mahu menjernihkan konflik yang telah berlaku itu.

"Saya percaya, apabila kita dapat berinteraksi, mereka akan faham situasi kami sebenarnya iaitu penghasilan filem KL Gangster tidak menyentuh atau menghina mana-mana pihak dengan sengaja," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Yusof, dengan cara bermusyawarah, dia berharap tiada ketegangan atau salah faham yang akan berlaku di antara Skop dan Pekida pada masa akan datang nanti.

sumber : mStar Online

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments