Monday, June 27, 2011

Zakiah Anas Takut Bersendirian di Waktu Senja

Filled under:


PENGLIBATAN selama 20 tahun dalam bidang penyiaran banyak mematangkan Zakiah Anas, 45, untuk bergelar seorang personaliti televisyen yang berjaya. Bukan calang-calang orang, wanita ini juga begitu komited dengan kerjayanya sehingga namanya begitu sinonim dengan TV3.

Malah, disebabkan wajahnya sering ditonton dalam program bercorak jenayah, ramai yang menggelar dirinya sebagai “wanita pistol”. Gelaran itu memperlihatkan dia sebenarnya berjaya dengan program tersebut.

Sebalik nama dan populariti yang ditempa itu, mungkin ada yang tidak tahu tentang sisi lain kehidupan ibu kepada tiga orang anak ini.

Bunyinya agak pelik, tetapi hakikatnya persekitaran boleh mempengaruhi perasaan Zakiah. Waktu senja memberikan gambaran buruk kepada dirinya. Menjelang senja, dia akan menjadi sedih dan suram.

“Saya tidak boleh bersendirian apabila waktu senja kerana hati saya akan menjadi sedih. Jadi, saya akan pastikan bersama-sama anak atau teman rapat pada waktu itu agar perasaan saya tidak sayu.

“Saya tidak tahu kenapa ia berlaku dalam diri saya, tetapi perasaan itu datang secara semula jadi,” katanya kepada OopStarz!.

Sejak tidak tinggal sebumbung lagi dengan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib sejak dua tahun lalu, Zakiah akui lebih selesa hidup bersendirian dan hanya ditemani anak serta rakan terdekat. - mStar Online

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

0 comments: