Luahan Hati Seorang Insan Bernama Zarina Anjoulie Lavocah

Zarina Anjoulie sememangnya seorang yang penuh dengan kontroversi. Walaupun sudah 5 tahun lebih gambar-gambar terlampau yang dikatakan mirip mukanya tersebar, namun impaknya masih terasa sehingga kini. Nak rasa kesian pun ada jugak. Tapi nak buat macam mana. Berani buat berani tanggung la kan? Ikuti luahan hati Zarina Anjoulie Lavocah di bawah tentang isu ini:-

zarina anjoulie

Mengenai kontroversi yang berlaku, saya hairan kenapa saya sering dijadikan sasaran untuk dikaitkan dengan perkara negatif. Sedangkan, kalau dilihat banyak lagi artis yang tampil dengan imej seksi, tapi kenapa asyik-asyik saya yang menjadi sasaran kecaman? Ada lagi sesetengah artis yang teruk pergi kelab malam, tapi kenapa media tak nampak mereka? Saya sebenarnya hairan, tak cukup lagikah lima tahun saya asyik kena hentam? Saya sudah minta maaf terhadap apa yang berlaku. Kalau berdiam diri, dikata bersalah pula.

Menurut Zarina, ada rakan artis yang mengutuknya daripada belakang dan dia sangat terharu dengan sokongan peminat-peminatnya yang tak berbelah bahagi.

Saya perhatikan kontroversi yang ditulis ialah kisah lama yang dikorek semula. Saya agak kecewa dengan sesetengah media yang mainkan isu ini kerana menampakkan seolah-olah masyarakat bencikan saya. Sebenarnya, dari pengalaman saya menyertai promosi Jom Heboh dan banyak lagi program, mereka tetap datang mendekati saya tanpa perasaan jelik. Sebenarnya banyak peminat saya terdiri dari kalangan orang kampung. Mereka yang mengikuti twitter saya banyak golongan kakak-kakak, yang bertudung dan berkahwin. Saya tak bermaksud nak kata dunia artis ini teruk. Tapi seperti saya katakan tadi, saya lebih rela jadi diri sendiri dari sesetengah pelakon yang tipu peminat dengan berbuat baik di depan, tapi lain di belakang lain. Saya tak pandai menipu. Namun memang ada sesetengah artis memang baik dan saya hormati mereka. Apa yang buat saya bengang, ada juga rakan artis yang kutuk saya macam-macam sedangkan perangai mereka pun teruk.

Semoga Zarina Anjoulie Lavocah tabah menghadapi cabaran hidup. Dengar-dengar cerita dah bertunang. Benar atau tidak kena tunggulah tuan punya badan sahkan. Jangan lupa ikuti perkembangan terkini Zarina menerusi Twitter.


sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments