Metrowealth dan David Teo merajuk dengan media


Hangat diperkatakan bahawa David Teo yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Syarikat Produksi Metrowealth International Group of Company telah berperang dengan media dan merajuk.

Hal ini diperkatakan apabila David Teo tidak lagi mahu menjemput media untuk hadir ke majlis pra tonton filem-filem syarikatnya yang terbaru, ini membuatkan media tertanya-tanya mengapa media dilayan sebegitu rupa sedangkan setiap filem yang dikeluarkan sebelum ini syarikatnnya akan menjemput media dalam pra tontonnya.

David Teo menerangkan hal ini kepada media bahawa beliau mempunyai strategi pemasaran yang baru dengan tidak lagi melakukan majlis pratonton kepada media lagi kerana mengangap bahawa ianya hanya membuang masa dan kos untuk membuat majlis tersebut boleh digunakan untuk membiayai pengiklanan di akhbar.

David juga menegas beliau tidak langsung mempunyai masalah dengan media seperti yang hangat diperkatakan oleh media kepadanya. beliau masih seperti biasa dan tidak merajuk dengan mana-mana pihak.

Beliau juga menambah, hal ini bukanlah atas sebab beliau takutkan kritikan negatif media terhadap filem yang dikeluarkan sebelum ia ditayangkan.


sumber:oh! artis.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments