Kim Hyun Joong Datang Malaysia Ogos Ini!


Berita gembira buat peminat - peminat penyanyi dan pelakon Kim Hyun Joong, beliau akan datang ke Malaysia pada 20 Ogos 2011 ini. Kunjungannya kali ini adalah bagi mempromosikan mini album beliau yang telah pun berada di pasaran pada Julai 2011.

“Break Down” merupakan album pertama beliau sebagai penyanyi solo. Album yang telah pun diriliskan di Korea pada 8 Jun yang lepas ini mengandungi beberapa lagu lain seperti “Intro” (Let Me Go), “Please”, “Kiss Kiss”, dan “Yes I Will”. Penjualan “Break Down” telah mencapai lebih daripada 100,000 naskhah di Hanteo Chart dalam masa 2 minggu.

Beliau juga telah meraih kemenangan selama dua minggu berturut-turut di KBS2 Music Bank (TV show) dengan lagunya, "Break Down". Kim Hyun Joong juga merupakan salah seorang ahli SS501. Bagi peminat Kim Hyun Joong, semestinya kedatangan artis kegemaran ramai ini ke Malaysia adalah sesuatu yang dinantikan...

Nantikan maklumat lanjut di Tupai.com.my. Sebelum itu jom layan dulu video muzik Kim Hyun Joong “Break Down”..Enjoy





sumber:tupai.com.my
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments