Nabila Huda Mohon Cerai

Nabila Huda Suhaimi, 27, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun hidup berumah tangga.

Permohonan cerai yang hendak difailkan semalam, 22 Ogos di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak dapat diteruskan kerana Nabila terlupa membawa sijil nikah mereka.

“Memang tidak bagus bila hendak berpisah. Pada awalnya saya cuba untuk bertahan, tetapi bila fikir balik memang tidak boleh. Kiranya, jalan terakhir adalah bercerai dan ini adalah yang terbaik buat kami berdua.

“Buat apa hidup bersama jika tidak gembira. Dan itulah yang saya rasakan selama tempoh kami berkahwin.”

Ditanyakan lebih lanjut, apakah permasalahan yang wujud dalam rumah tangga mereka, Nabila atau lebih mesra disapa Abil mengakui sudah tidak wujud persefahaman antara mereka.

“Saya tidak boleh rasa sangsi terhadap suami. Saya akui kekurangan saya dan saya terima juga kekurangan suami. Tidak perlu untuk burukkan sesiapa bila perkara sebegini terjadi.

“Apa yang saya boleh katakan, memang sudah tidak ada persefahaman antara kami. Saya anggap cukup di sini sahaja jodoh
kami berdua,” ujar Abil lagi yang menafikan wujudnya orang ketiga di dalam hubungan mereka.


sumber:Diari Artis


______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments