Mari berkongsi tentang selebriti yang behijrah ke arah yang lebih baik. Setakat ini aku agak mengkagumi Wardina Safiyyah OfficialPage. Ada lagi yang ingin berkongsi?
Ini status yang aku letak di Facebook semalam ketika menggunakan perkhidmatan Jaring UKM di Kolej Ibu Zain. Respon yang di terima sangat menarik!
Sham Kamikaze adalah nama pertama yang dikongsi oleh kawanku Aslann As yang terkenal di blognya INI. Sebenarnya ramai yang mengetahui mengenai Sham Kamikaze ini. Pertama kali aku mengetahu tentang Sham Kamikaze ini adalah ketika sidang media beliau yang turut dihadiri oleh Dr Asri selaku mentor beliau.
Nama kedua yang dikongsi adalah Rahmat Ekamatra yang terkenal dengan lagu jiwangnya Pusara di Lebuhraya dan seangkatan dengannya. Kalau kita dengar lagunya dulu. Pergh… memang tangkap lentok siot. Tapi kini akhirnya dia telah terlentok dan terleleh dek simbahan hidayah dari Allah swt.
Seterusnya manusia yang tersimbah hidayah Allah adalah sekumpulan anak muda yang dulunya membawa muzik Pop R&B kini berubah angin dan membentuk Kumpuan Al Mawlid. Dianggotai oleh Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge), Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge), Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo) dan Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge) telah dipertemukan ketika menghadiri kuliah agama di Surau Al Hidayah di AU3 Keramat lantas membentuk kumpulan berbentuk dakwah ini.
Memori Daun Pisang. Lagu dangdut yang ngetop zaman aku kecil dulu. Namun kini penyanyinya iaitu Iwan Syahman (Iwan Dangdut) telah juga disimbah hidayah Allah. Alhamdulillah beliau kini telah berusaha untuk berdakwah melalui bidang suara. Lagunya yang berjudul Segalanya Allah juga kini semakin kerap di putarkan di radio IKIM.
Shahir AF8 juga dengar khabarnya memilih untuk bersara awal dari bidang hiburan. Dengarnya ingin terjun ke dakwah. Jika benar bermakana ini adalah satu khabar yang menarik! Alhamdulillah bekas pelajar SMKA Slim River telah memilih jalan yang sepatutnya.
Seterusnya bekas kekasih Nabil si Raja Lawak cik Irma Hasmie. Artis yang sedang membintangi cerita Kasih Alia yang aku turut tonton di TV3 ini tampak begitu ayu setelah memilih bertudung sebagai langkah penghijrahan pertama.
Catriona Ross mengambil tempat di perkongsian terakhir dari kenalan Fb aku. Aku baru sahaja mengetahui mengenai penghijrahan beliau. Kisah penghijrahannya amat mudah dan mengusik hati. Tapi tu. Bila sudah tiba hidayah Allah. Butik tudung pun boleh menjadi saksi penghijrahan seorang artis ini.
Last but not least, Antara yang aku paling kagumi seperti status aku diatas. Wardina. Artis yang aku kenali dan aku rasa semua orang turut sama mula mengenalinya adalah ketika beliau membintangi siri Spanar Jaya satu ketika dahulu. Perubahan yang ibarat janjang arithmetic yang semakin menokok ke arah kebaikan.
Mungkin bermula dengan memakai tudung sahaja namun kini beliau boleh dikatakan ikon ibu kepada sebuah keluarga yang bahagia. Cabaran yang dihadapinya kini bukan sedikit selepas isu beliau memberi ceramah tentang kekeluargaan di atas pentas Pakatan rakyat yang lebih kurang 10 minit itu dipolitikkan!. Hinggakan tiada lagi kelibat beliau di rancangan MHI!! Semoga beliau kuat menghadapi ujian yang penuh hikmah ini.
Aku rasa cukup sekadar itu perkongsian dari aku tentang sebilangan selebriti di luar sana yang semakin ramai yang memilih untuk berubah. Sebenarnya ada lagi yang aku tidak ceritakan dan yang aku tidak tahu. Andai ada yang korang tahu lagi boleh kongsikan kat sini ataupun di Fb aku.
**Entri ini dicopy paste ehsan blog IkutSukaAtiAku
______________________________________________________
0 Comments