Penafian Zizan mengenai isu besar kepala nampak tidak releven


Baru-baru ini sebuah akhbar mingguan telah mengeluarkan sebuah artikel yang menuduh Zizan Raja lawak sebagai besar kepala dan berlagak termasuk dikalangan kawan-kawan rapat beliau. Dalam Akhbar tersebut juga menyatakan Zizan bermegah diri dengan apa yang dicapai dalam kerjayanya sekarang.

Oleh itu Zizan tampil untuk menjawab tuduhan tersebut dengan menafikan semua tuduhan yang dilemparkan kepada beliau dari akhbar tersebut. Beliau juga terkejut dengan dakwaan tidak berasas itu dan menyatakan beliau masih lagi berdiri dibumi yang nyata dan masih ingat asal usul beliau katanya apabila ditemui di tayangan perdana Hantu Bonceng baru-baru ini.

Zizan juga membangkitkan satu lagi isu yang mengaitkan beliau dengan perkara yang tidak benar yang menyatakan beliau tidak puas hati dengan keputusan pertandingan Maharaja Lawak 25 jun lalu. Dia menyatakan kekesalan beliau terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tidak benar mengenai beliau dan tidak ingin hal ini diperbesarkan untuk tidak menyinggung mana-mana pihak.

Zizan yang kesal dan kecewa dengan hal ini sempat meminta maaf secara terbuka kepada sesiapa sahaja yang mungkin terluka dengan perangai beliau dan mengaku tidak berniat langsung untuk melukakan hati mana-mana pihak dan mengaku beliau boleh menerima segala teguran yang deberi.

“Saya harap hal ini tidak dikecohkan lagi dan kalau ada kesilapan yang telah saya lakukan, tegurlah. Maklumlah, kita sebagai manusia tidak boleh elak daripada melakukan kesalahan.



sumber:oh!artis

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments