Jika sebelum ini, KRU mengejutkan industri hiburan tanahair dengan membina KRU Studios di Cyberjaya, kini tiba giliran pengarah filem Malaysia yang tersohor iaitu David Teo pula untuk membina sebuah studio filem di Cyberjaya.
Desas desus yang semakin kuat dibicarakan itu, akhirnya dijawab oleh David atau nama sebenarnya David Teo Chew Huat dan membenarkan khabar angin tersebut. Apapun menurutnya, ianya masih lagi diperingkat awal. Buat masa ini, David baru sahaja membuat pembelian sebidang tanah di Cyberjaya yang bernilai puluhan juta ringgit.
“Saya tidak menafikan sudah membeli sebidang tanah di Cyberjaya yang bernilai puluhan juta ringgit untuk perancangan membina sebuah studio filem sendiri. Bagaimanapun, semuanya masih terlalu awal dan belum ada apa-apa keputusan lagi tentang projek itu buat masa ini. Yang baru selesai hanya pembelian tanah tetapi urusan lain yang membabitkan pihak-pihak lain masih dalam perbincangan”, kata David.
Bila ditanya adakah tujuannya membina studio filem itu bagi menyayingi KRU, menurut David ianya adalah semata-mata untuk memperkembangkan perniagaannya dan bukan untuk menyaingi pihak KRU Studios.
sumber:oh!artis
0 Comments