Memasuki fasa terakhir Ramadan,hati penyanyi Rossa bagai disentap apabila membaca laporan yang mendakwa dia mempunyai hubungan dengan seorang VIP dari Malaysia.Ironi,kata penghibur terkenal Indonesia yang cukup hit dengan lagu Ayat-Ayat Cinta itu,dakwaan itu adalah satu fitnah buat dirinya.Sementelah di bulan mulia,dia berharap agar gosip itu pantas terhapus supaya tidak ada wanita yang curiga dengan kekerapan dia menerima undangan nyanyian di Malaysia.
“Saya takut reputasi saya terjejas.Saya juga bimbang nanti isteri-isteri orang ternama(VIP) di Malaysia takut untuk mengundang saya lagi mengadakan persembahan di sana,” katanya.
Ketika di soal,apa kamu sedang bahagia dengan teman lelaki kamu?
“Saya sangat bahagia.Saya juga sangat senang kerana saya mempunyai seseorang dalam hidup yang sentiasa memberikan kebahagiaan pada saya.Kerana itu,saya risau apabila berita yang tidak benar dilaporkan media.Saya memohon ruang untuk mengisi hari-hari bahagia dengan orang yang sedang saya dampingi,”jawab Rossa.Dia juga mengesahkan sangat menyenangi pria yang sedang bertakhta di hatinya ketika ini.
sumber:diari artis
______________________________________________________
0 Comments