Pertama sekali, kami sendiri kurang pasti apa sebenarnya yang
membuatkan ramai berminat untuk mengetahui siapa pengacara baru Nona.
Berbanding dengan keterujaan sebenar untuk menyaksikan musim baru
program Nona ini sendiri. Dengar cerita pengisian semakin kelam.
Semalam, TV3 mengumumkan yang program wanita popular mereka Nona akan
menerima pengacara baru menggantikan Vanidah Imran yang sudah tamat
kontrak’nya.
Nama Fara Fauzana sememangnya menjadi sebutan namun Neelofa merupakan
satu kejutan dari Primeworks Studios yang berharap gandingan mereka
akan membawa Nona ke satu aras yang baru.
Komen awal dari peminat yang kami pantau secara online rata
rata sebenarnya kurang peduli dengan siapa pengacara Nona ketika ini
sebaliknya mereka lebih prihatin dengan isi kandungan.
Beberapa tahun kebelakangan ini, pengisian Nona di’katakan semakin
turun kualiti’nya dan ini menyebabkan penonton mula berubah selera dan
usaha memperkenalkan pengacara sensasi pastinya bukan jalan
penyelesaian.
Apa kata anda?
sumber;rotikaya
______________________________________________________
0 Comments