Saat anda membaca entri ringkas ini, kami sepasukan sedang dalam
perjalanan ke Johor Bahrun untuk menyertai jelajah Festival Filem
Malaysia (FFM) 2011. Doakan kami selamat pergi & balik.
Bercakap tentang pergi & balik, agak lama kami simpan video ini
sebelum memutuskan hari ini merupakan masa terbaik untuk sajikan kepada
anda semua — Jumaat yang di’sukai ramai.
Scha al-Yahya telah pun selamat pergi dan balik semula ke tanah air dari merakamkan program pelancongan bersama AirAsia X dan kekasih hati, Awal Ashaari di Korea Selatan.
Beberapa minggu lalu, ada segelintir media termasuk kami menyebut
yang Scha al-Yahya & Awal Ashaari bakal berkahwin awal tahun hadapan
— Scha al-Yahya sendiri jawab isu ini dalam video di’atas.
Scha al-Yahya turut bercakap tentang perniagaan kiosk beliau yang
kini sudah masuk bulan kelima & juga pengalaman menjalani
penggambaran di Jepun untuk drama bersiri Kelas Kau Maria. Enjoice!
sumber:rotikaya
______________________________________________________
0 Comments