Kerana Satu Perkataan, Elfira Loy Jadi Bahan Kutukan Di Twitter


Zaman sudah berubah adik adik sekalian. Berita merebak lebih pantas dari 3 tahun dulu, hari ini.

Lebih lebih lagi dengan kewujudan Twitter, terlanjur kata memang menjadi bualan ramai. Itu terjadi kepada bintang remaja, Elfira Loy semalam.

Elfira Loy melalui akaun Twitter beliau menulis ayat berikut yang tidak kami sunting;

Guess what , tomorrow m wearing versace and it cause abt 45k. OMG!

Perkataan ‘cause‘ yang sepatutnya di’tulis sebagai ‘cost‘ tersebut telah di’salah eja Elfira Loy dan menjadi bahan kutukan remaja & mereka yang kurang matang di dunia Twitter Malaysia malam tadi.

Satu puak menjadi golongan yang mencaci kebolehan Elfira Loy berbahasa Inggeris & tidak ketinggalan juga satu puak lain yang membela pelakon muda ini atas kesilapan kecil beliau.

Kalau anda rajin, anda boleh melayari timeline Twitter Elfira Loy dan boleh lihat mereka mereka yang bertikam lidah atas isu sekecil ini. Seronok sekali sekala layan.

Tidak kurang juga ada antara mereka di Twitter yang berkata Elfira Loy menulis ayat sebegitu kerana mahu menunjuk nunjuk harga barangan Versace yang bernilai RM45,000 itu.

Dan, kenyataan terakhir Elfira Loy melalui Twitter sejam yang lalu berkata beliau meminta maaf kepada semua atas apa yang terjadi & sekiranya beliau tersalah lagi di’masa hadapan, harap di’perbetulkan.


sumber:rotikaya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments