Sarimah Ibrahim Ke Hollywod & Sertai Siri Jelajah Pelawak Terkenal


Tuah menjadi hos majlis kunjungan pelawak terkenal Hollywood, Ahmed Ahmed di Kuala Lumpur baru baru ini — Sarimah Ibrahim bakal ke Hollywood.

Ahmed Ahmed merupakan pelawak Hollywood yang pernah muncul dalam filem blockbuster seperti Iron Man & You Don’t Mess with Zohan.

Sarimah Ibrahim berpeluang menjadi hos untuk acara Ahmed Ahmed Live in KL dan Ahmed Ahmed menunjukkan minat untuk membawa pengacara bermulut petah ini ke Hollywood.

“Dia ada menyebut tentang saya di Twitter beliau,” kata Sarimah Ibrahim kepada Daily Chilli. “Dia juga ada bertanya sama ada saya berminat untuk menjadi pembuka untuk siri jelajah sebagai aksi pembuka.”

“Ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa saya boleh jadi lebih kelakar jika beraksi dalam Bahasa Inggeris,” ujar selebriti yang mempunyai darah Irish & Melayu ini.

Siri jelajah Ahmed Ahmed yang akan meliputi Amerika Syarikat masih belum mempunyai tarikh tetap namun Sarimah Ibrahim berkata beliau kini dalam perbincangan & bersedia untuk berkata ya untuk kolaborasi ini.

sumber:rotikaya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments