Adibah Noor – Saya Serik Dan Tak Mahu Kahwin

Kerana pernah putus cinta sebanyak 5 kali, penyanyi Adibah Noor yang berusia 41 tahun nekad untuk tidak berkahwin. Dalam laporan oleh Mstar Online, dia menyatakan:-

Bayangkan, lima kali saya putus cinta dan semua tak mahu berkahwin dengan saya. Dan sejujurnya, saya serik dan tak mahu kahwin.

Dengan usia sebegini, lebih baik saya jaga diri sendiri serta keluarga dan fokus pada kerjaya seni. Alhamdulillah, keluarga tidak pernah mendesak, malah mereka faham dengan apa yang saya inginkan.

Adibah turut berkata yang dia membela 20 ekor kucing di rumah dan kucing-kucing itu menjadi penghibur untuknya dan kawan-kawan:

Saya mempunyai sekumpulan rakan perempuan yang masih lagi bujang dan kami telah berjanji untuk menjaga antara satu sama lain.

Selain keluarga, mereka inilah yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Bagaimanapun, saya tidak menolak sekiranya takdir telah menentukan jodoh saya.

Rasa macam terlalu awal untuk mengalah. Bak kata pepatah Inggeris, ‘Life Begins At Forty’. Kami mendoakan Adibah akan bertemu cinta sejati satu hari nanti.

sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments