Neelofa Mahu Belanja Pasukan Harimau Muda Makan Kerana Menang Pingat Emas Sukan SEA

Lambat sehari gosip ini. Neelofa Mohd Noor, yang kian terkenal waktu ini telah mencuri perhatian peminat industri seni tanah air semalam kerana kenyataannya yang mahu belanja pasukan Harimau Muda yang telah memenangi pingat emas sukan SEA makan. Peminat bola juga rupanya Neelofa ini.

Biarpun mendapat pelbagai reaksi berkenaan hajatnya itu, kami harap Neelofa akan meneruskan niatnya. Beruntunglah anggota pasukan Harimau Muda, sudah berpenat lelah bermain mati-matian demi negara, ada pula pelakon cun mahu belanja makan. Kalau kami, sudah tentu tidak akan menolak pelawaan itu. Sambil makan sambil tengok Neelofa.

Dalam berita lain, laman media Murai telah melaporkan mengenai Hans Isaac yang digosipkan sedang bercinta dengan Neelofa sudah mengakui mereka sedang mengenali hati budi. Hans dipetik sebagai berkata:-

Mengenali sikap saya, kalau saya benar-benar cinta, saya akan pergi dan sedaya upaya mendapatkan perempuan tersebut. Malah tidak kisah langsung dengan apa yang orang akan cakap.

Betul tu, biar la orang nak cakap apa pun kan? Yang penting happy. Kami di BeautifulNara berharap Hans akan ketemu gadis yang diimpikan itu. Orang kata, usia hanya sekadar nombor, kan? Kan? Kan?

sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments