Ainan Tasneem, Bakal Fenomena Selepas Najwa Latif?

Sebetulnya sudah agak lama juga Ainan Tasneem Ridzuan mencipta fenomena di laman YouTube, boleh dikatakan dia seangkatan dengan Najwa Latif, cuma mungkin rezeki Najwa terlebih dahulu menjadi artis rakaman. Namun Ainan juga tidak kurang hebatnya mencipta lagu-lagu sendiri disamping menyanyikan semula lagu-lagu popular artis yang lain melalui rangkaian YouTube ini.

Suara Ainan merdu dan lunak . Kami menjangkakan dia boleh pergi jauh dalam industri, terutamanya melalui lagu ‘Aku Suka Dia’. Khabar terbaru yang kami dengar ialah, Ainan akan mengeluarkan lagu ciptaannya tersebut dalam bentuk rakaman studio dan dia sedang menjalani penggambaran video klip lagu tersebut. Sekiranya anda masih belum mendengar lagu Ainan, boleh dengarkan di sini:-

Macam mana, best tak? Kalau best silalah like Fanpage Ainan Tasneem beramai-ramai untuk mendapatkan kemas kini terbaru berkenaan dirinya. Kredit gambar juga pada Fanpage Ainan Tasneem.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments