Thursday, February 23, 2012

Putera, Jalinan Empat Vokal Mantap Yang Mengasyikkan

Filled under:

Sementara menunggu gambar-gambar majlis perkahwinan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani yang akan berlangsung malam ini dari Abang Nara, apa kata kita dengarkan lagu dendangan kumpulan Putera yang mantap ini.


Bersama Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli (tengah), semasa Sidang Media Serlahan Seni JKKN, dua malam lepas.


Dianggotai oleh 4 jejaka Amri Zane (bass), Lazarul Afiezy (tenor 1), Ezwan Ezhar (tenor 2) dan Izaaq Rusly (baritone). Putera mula ditubuhkan pada Januari 2010. Mereka adalah graduan dan pelajar jurusan muzik ( persembahan vokal dan kejuruteraan audio) di pusat pengajian tinggi tempatan. Sebelum dikenali sebagai PUTERA, mereka dikenali sebagai De Quattro Voce (4 suara).



PUTERA sangat aktif mengadakan persembahan di sekitar ibu kota. Menamakan Il Divo, Syafinaz Selamat, Josh Groban dan Il Volo sebagai pengaruh mereka, pastinya Putera menjanjikan sesuatu yang lain dari yang lain buat anda, dan pastinya mereka mampu membanggakan anda sebagai rakyat Malaysia. Kami difahamkan, Putera akan muncul dengan single terbaru, “Kerana Doamu” tidak lama lagi. Sekiranya anda sukakan Putera, sila like Fanpage mereka. Kredit gambar, Fanpage Putera.





sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: