Thursday, February 9, 2012

Aliff Aziz Suka Memberi Harapan Kepada Gadis, Zarina Anjoulie Mangsa Terbaru?


Sebelum pertanyaan timbul akan siapakah gerangan dalam gambar di’sebelah ini, ia merupakan sang Aliff Aziz bersama Zarina Anjoulie berpelukan dalam sebuah kereta.

Lewat malam tadi, Zarina Anjoulie melalui akaun Twitter rasmi beliau menulis sesuatu tentang Aliff Aziz yang sebenarnya kurang senang untuk anda semua baca,

Zarina Anjoulie menulis yang Aliff Aziz telah menipu diri beliau dan meminta penyanyi kelahiran bumi Singapura itu untuk datang minta maaf atas kesilapan tersebut.

Tidak kami pasti apa penipuan yang terlibat tetapi Zarina Anjoulie turut menulis yang beliau kini mempunyai cukup bukti untuk memberitahu media apa yang telah Aliff Aziz lakukan kepada beliau pada ‘malam tersebut’. Haa.

Aliff Aziz yang berjaya wartawan Rotikaya.com hubungi sebentar tadi enggan memberikan sebarang komen tentang isu ini dan berjanji akan memberikan kenyataan apabila beliau sudah bersedia.

Namun, berdasarkan gambar di’bawah yang di’kongsi oleh Zarina Anjoulie di Twitter memberikan sedikit gambaran tentang apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua baru baru ini.

Menurut salah seorang ‘bekas mangsa’ Aliff Aziz yang kami hubungi berkata Aliif Aziz sememangnya seorang lelaki yang gemar memberikan harapan kepada gadis yang beliau kenali dengan menggunakan kata kata & panggilan manis buat si gadis. Adakah Zarina Anjoulie mangsa terbaru?



sumber:rotikaya

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: