Anuar Zain Bakal Serikan Minggu Setiausaha Di Kuala Lumpur & Johor Bahru April Ini


Walaupun majlis penuh classy ini hanya akan berlangsung pada 10 dan 17 April nanti, apa salahnya kami sampaikan maklumat ini sekarang untuk persediaan.

Lebih lebih lagi kepada anda yang bekerja sebagai setiausaha, pasti majlis makan tengahari bersama Anuar Zain ini menjadi satu acara impian untuk di’hadiri.

Penyanyi Anuar Zain bakal hadir menyerikan sambutan Minggu Setiausaha 2012 di 2 lokasi pada tahun ini iaitu di Kuala Lumpur Convention Centre pada tarikh 10 April 2012 & di The Zon Regency Hotel, Johor Bharu 17 April 2012.

Majlis yang akan bertemakan Era Keemasan 60an – Kenangan Manis Romantis ini bakal menyediakan makanan bertaraf lima bintang dan juga menampilkan Yasmin Hani sebagai hos majlis, selain penampilan Sepahtu.

Khabarnya, pihak penganjur sehingga ke hari ini sudah pun berjaya menjual lebih 500 tempat duduk untuk majlis makan tengahari ini yang harga tiket’nya bermula dari RM598 setiap satu.

Cantik bukan poster promosi untuk makan tengahari bersama Anuar Zain? Jika anda masih ingat, kami pernah tulis entri khas berkaitan sesi fotografi Anuar Zain yang berlangsung di MZR Solutions, Shah Alam.

Berminat untuk bawa setiausaha anda atau anda sendiri ingin melobi boss anda untuk ke majlis classy ini, hubungi Ticket Pro di talian 03-78807999 untuk apa apa maklumat lanjut dan tempat duduk adalah terhad.



sumber:rotikaya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments