Thursday, February 9, 2012

Rancang Arahkan Filem Komedi Sendiri, Harith Iskander Kembali Selepas 15 Tahun

Filled under:


Bukan’lah kembali dari hilangkan diri atau apa apa kerana nama Harith Iskander masih terpantul pantul dalam media.

Kembali yang kami maksudkan adalah kembali ke kerusi panas sebagai seorang pengarah selepas kali terakhir untuk filem ‘Hanya Kawan’ sekitar 1997 lalu.

Semalam, kami sempat sekali lagi bertemu dengan Harith Iskander yang kini sedang sibuk dengan tugas beliau mengarahkan teater Cuci The Musical yang akan mula di’pentaskan pada 2 Mac 2012.

Menurut Harith Iskander, beliau sebenarnya sudah lama idamkan untuk mengarahkan sebuah filem penuh seperti yang beliau lakukan 15 tahun lalu dan merancang menjadikan tahun 2012 sebagai tahun kembali’nya beliau ke kerusi pengarah.

Bakal bapa ini juga berkata yang filem berbentuk komedi beliau nanti tidak akan menampilkan lawak seperti lambakan filem komedi sekarang ini & tidak akan menggunakan pelakon popular seperti lazim’nya.

“Saya akan cuba tampilkan pelawak pelawak yang kita kenali sebagai stand-up comedian yang lebih senang untuk saya bekerjasama kerana tahu timing komedi sebenar,” ujar Harith Iskander.

Kalau di’ukurkan kepada persembahan Harith Iskander & juga reputasi beliau sejak kebelakangan ini, kami sendiri tidak sabar untuk melihat hasil tangan beliau ke layar perak. Make it happen bro, fast!



sumber:rotikaya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: