Friday, February 10, 2012

Saya Tidak Sekejam Yang Ditonton – Dang Suria

Filled under:

Lebih 600 komen yang ditulis oleh anda semua mengenai kritikan keras daripada Dang Suria menerusi rancangan On Air baru-baru ini. Dan wartawan Mstar berjaya menghubungi Dang Suria untuk mendapatkan penjelasan mengenai statementnya yang dianggap kejam oleh mereka yang telah menonton episod tersebut.

dang suria

Menurut Dang Suria, dirinya tidaklah sekejam itu namun suntingan yang dilakukan telah menampakkan seolah-olah dia tidak berhati perut.

Biasalah dalam show business sesebuah program itu akan disunting untuk menampakkannya lebih menarik. Dan ya, saya nampak kejam dalam On Air, tetapi tak kisah tentang hal itu kerana ia adalah perkara normal dalam sesebuah penerbitan televisyen walaupun saya sebenarnya tidaklah sekejam seperti yang ditonton. Malah, anak perempuan saya marah dan menganggap saya seorang juri yang teruk ketika itu

Menurut Dang Suria lagi, dia enggan memberikan harapan palsu kepada peserta uji bakat. Lantaran itulah kritikan yang dikeluarkan agak kejam.

Kadang kala, kebenaran adalah perkara yang menyakitkan. Saya hanya bercakap jujur kepada para peserta dan tidak mahu memberi harapan menggunung kepada mereka. Ini kerana, apabila kita cakap berlapik, jangan terkejut jika mereka (peserta) akan ke lokasi-lokasi lain untuk mencuba nasib lagi.”Saya tak mahu melihat mereka sanggup datang dari jauh dan ada yang datang tanpa wang yang mencukupi semata-mata untuk mencuba nasib walaupun kita tahu akikatnya, mereka gagal pada uji bakat pertama. Begitu juga dengan kritikan mengenai fizikal terhadap salah seorang peserta wanita, saya tahu dia memiliki paras rupa yang cantik dan apabila saya menegur dengan memintanya menguruskan badan, sepatutnya dia perlu berfikiran positif dan ambil ia sebagai satu cabaran. Kritikan yang diberikan itu mungkin nampak kejam, tapi ia adalah untuk kebaikan mereka juga.

Kata Dang Suria lagi, masyarakat Malaysia mementingkan pandangan mata yang pertama:-

Apabila menyertai dunia hiburan, banyak lagi dugaan yang perlu dilalui lebih-lebih lagi kritikan daripada masyarakat. Saya bertegas dalam hal penampilan kerana seperti yang kita ketahui, masyarakat kita cepat sangat menilai diri seseorang pada pandangan mata yang pertama. Dan jika ia tidak sedap mata memandang, maka secara langsungnya seseorang itu akan dikritik tentang, penampilan dan fizikalnya sebelum memandang pada bakat.

Patutlah Abang Nara bila nampak Dang Suria hari tue terkeluar kritikan. Pandangan mata pertama Abang Nara terhadapnya memang tak sedap dipandang. Mungkin itu yang anda semua rasakan sebab itu sampai 600 komen dalam entri sebelum ini. Namun Abang Nara respek dengan Dang Suria sebab dia ada ketahanan mental dan buat derk je dengan kata-kata kutukan yang dilemparkan kepadanya. Hebak ~~ Kredit berita Mstar.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: