Syamsul Yusof Sahkan Tidak Bercinta Dengan Liyana Jasmay, Hati Dimiliki Gadis Biasa


Semalam, apabila Liyana Jasmay keluarkan kenyataan yang beliau kini sudah bersedia bergelar isteri — peminat hiburan Malaysia mula timbul dengan spekulasi sendiri.

Ada antara mereka mengatakan yang kenyataan terbaru pelakon & kini penerbit ini merupakan satu tanda awal untuk Syamsul Yusof menghantar pinangan.

Walaupun tidak sepatah Liyana Jasmay menyebut tentang si bakal suami, gossip yang mengatakan beliau kembali bercinta dengan Syamsul Yusof menjadi punca utama spekulasi.

Namun, wartawan Rotikaya.com sempat bertemu Syamsul Yusof baru baru ini untuk mendapatkan kenyataan tentang gossip dan spekulasi ini — dan tenang beliau menafikan segalanya yang berlegar sejak kebelakangan ini.

Menurut kenyataan Syamsul Yusof, beliau kini tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Liyana Jasmay seperti yang di’dakwa kerana kini beliau dalam hubungan cinta bersama gadis biasa.

Syamsul Yusof mengakui yang hubungan cinta bersama gadis biasa ini sudah berlangsung hampir setahun & gadis ini merupakan penuntut sebuah universiti tempatan — tiada maklumat lanjut.



sumber: rotikaya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments