Harun Salim Bachik Tidak Mahu Zed Zaidi Lebih Menonjol Darinya, Zed Zaidi Kata Harun Tidak Pernah Tunjuk Muka

Baru-baru ini timbul kontroversi apabila Timbalan Presiden Persatuan Seniman iaitu Zed Zaidi dikatakan telah mengusulkan untuk artis mendapat kuota khas rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan kebenaran bagi artis bagi menggunakan kereta bercermin gelap.

Rakyat selaku pembayar cukai tidak bersetuju dengan usul-usul tersebut dan timbul pula isu apabila Zed Zaidi mendakwa mendapat bantahan, malah dia juga mendapat ancaman bunuh kerana mengusulkan perkara-perkara tersebut.

Namun pada satu sidang akhbar berkenaan isu video bogel Melia Aimiellia dengan sebuah blog gosip, Zed Zaidi menyalahkan pihak media kerana salah melapor usul-usul tersebut.

Menurutnya, usul memberi kuota khas kepada artis bernaung di bawah Seniman dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 4 Mac lalu bukan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), tetapi skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima).

Isu cermin gelap dikatakan Zed bukan usul rasmi yang ingin diperkatakan, tetapi sekadar menjawab soalan wartawan secara lisan pada masa ditemu bual. Zed dengan lantang juga menjelaskan bukan cermin gelap yang diusulkan, tetapi cadangan menubuhkan skuad Rela untuk artis dalam Seniman.

Kenyataan Zed Zaidi menimbulkan persoalan, lebih-lebih lagi Presiden Seniman sendiri iaitu Harun Salim Bachik seolah-olah tidak ada peranan dalam menangani isu-isu yang timbul berkenaan persatuan tersebut. Ketika dihubungi Harian Metro, Harun Salim Bachik berkata:-

Memang tiada perbincangan menyeluruh mengenai isu yang dibangkitkan, sekadar saya mengetahuinya ketika mahu diadakan sidang media.

Saya sendiri pada masa itu sibuk dengan kerja, tetapi memandang ini adalah usaha baik dilakukan Biro Seniman Muda.

Sepatutnya Zed maklumkan pada saya mengenai isu ini dengan mendalam dan jika ada wartawan bertanya pada saya selepas sidang media, saya boleh menjawab dengan jelas.

Apa yang berlaku agak mengecewakan saya dan ia juga menjadi beban pada saya untuk menanganinya.

Sebolehnya, saya tidak mahu tindakan Zed memberi kenyataan menampakkan seolah dia ‘overshadow’ atau lebih menonjol daripada saya.

Sebagai membalas kenyataan Harun, Zed Zaidi mendakwa setiap kali mesyuarat atau perjumpaan antara ahli dan jawatankuasa persatuan diadakan, dia (Harun) tidak pernah datang atau tunjuk muka.

Saya faham, dia sangat sibuk dengan kerjaya seninya termasuk Maharaja Lawak Mega, Teater Cuci The Musical Last Kopek dan Lawak Spontan Astro, namun dia perlu bijak membahagi masa dalam persatuan dan kerjaya seni.

Saya kerap tampil membuat kenyataan di sidang media tanpa pembabitan Harun bukan untuk merebut jawatan presiden persatuan itu sebaliknya menggerakkan persatuan ke tahap lebih membanggakan.


Dah pulak. Apa pun, melalui tinjauan kami, orang ramai berpendapat tidak matang apabila ada masalah, masing-masing hanya menujukan kenyataan melalui media. Pasti masing-masing ada nombor telefon bimbit dan boleh berhubung menggunakan telefon atau SMS untuk menangani isu ini. Rasanya ini hanya masalah dalaman dan boleh diselesaikan dengan mudah saja. Anda ada pendapat? Sila tinggalkan di ruangan komen.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments