Rita Rudaini Bakal Tuntut Ratusan Ribu Daripada Aidil

Apabila kes penceraian sudah masuk ke mahkamah, maka kesemua perkembangan dapat dikongsi bersama peminat-peminat. Untuk kes penceraian Rita Rudaini dan Aidil, Rita memaklumkan yang dia bakal membuat tuntutan nafkah sehingga ratusan ribu ringgit daripada suaminya, Aidil. Menurut Rita, Aidil sering mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dalam bab pemberian nafkah
rita rudaini baru
Kata Rita:-
Saya akui Aidil sering mengabaikan tanggungjawab selama lebih empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini. Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan. Saya pula banyak berkorban untuk menyara hidup anak-anak. Bayangkan, Aidil hanya menghulurkan duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak. Jumlah yang dituntut ini dihitung daripada hari pertama kami berkahwin pada 25 Februari 2008. Saya bukan mata duitan. Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola. Saya berkahwin atas dasar cinta dan ikhlas untuk hidup bersamanya, tetapi, hidup saya dipersiakan. Apa yang saya tuntut adalah hak saya sebagai isteri dan hak dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, yang selepas ini membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang bapa
Agaknya memang betullah kot yang bola sepak di Malaysia ini tidaklah kaya sangat. Kalau main bola di UK confirm gaji puluh-puluh ribu seminggu, di Malaysia rasanya tidaklah sampai ke tahap itu. Paling tinggi pun Safee Sali yang bermain di Indonesia. Apa pun semoga tuntutan ini dapat diterima oleh pihak Aidil agar kes mahkamah ini tidak berpanjangan. Amin ~~

sumber:beautifulnara ______________________________________________________

Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments