Wednesday, May 16, 2012

Cinta Saya Dengan Hanez Suraya Bukan Gimik – Awi Rafael

Filled under: ,

Adakah anda tahu bahawa penyanyi Awi Rafael kini sedang bercinta dengan pelakon Hanez Suraya? Kalau anda tidak tahu, ini Abang Nara nak bagitau. Walaupun kecoh baru-baru ini dikaitkan dengan pertengkaran yang wujud antara Shila Amzah dan Shaarnaz, sebenarnya hati Awi Rafael adalah milik Hanez Suraya.

hanez suraya

Yang penting, Awi Rafael jatuh cinta kepada Hanez Suraya bukan kerana keseksiannya. Untuk makluman, Hanez pernah keluar di dalam majalah Mangga dengan aksi yang agak melampau jugak (carik sendiri kalau nak tengok). Kata Awi Rafael:

Tak ada sebab lain. Dia ada kualiti yang saya inginkan. Bukan sebab seksi, atau sebab lain saya terpikat dengan dia. Ramai juga yang bertanya tentang hubungan cinta kami. Tapi saya selesa cakap hubungan kami profesional. Saya lebih suka istilah “teman tapi mesra”. Perkara ini terlalu baru. Saya terima dia kalau betul dia jodoh saya.

hanez suraya

Kadang-kadang hubungan cinta antara artis sengaja direka untuk menambahkan lagi populariti diri masing-masing. Namun bagi Awi Rafael, cinta mereka berdua bukanlah gimik.

Cinta kami bukan gimik. Saya tak kisah orang nak cakap apa sebab sekarang ini pun mereka bebas nak berkata apa-apa pun tentang saya. Biarlah nanti dah penat, mereka berhenti cakaplah

Abang Nara doakan agar hubungan cinta Awi Rafael dan Hanez Suraya akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Sekali tengok memang nampak sama cantik sama padan pasangan ini.



sumber:beautifulnara

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

0 comments: