Suami Reka Banglo Untuk Lisa Surihani & Bakal Berhenti Berlakon?



Bertuah badan menjadi isteri Yusry KRU. Dalam kenyataan kepada KOSMO! hari ini, Yusry KRU mengakui yang beliau mereka bentuk sebuah banglo untuk Lisa Surihani.

Rumah mewah yang bakal di’diami pasangan ini mengambil tempat di Country Height Resort, Kajang sebuah kawasan perumahan elit & di’jangka siap sekitar Julai 2012 ini.

Menurut Yusry KRU lagi, rumah tersebut sudah pun memulakan pembinaan sekitar November 2012 yang lalu & ketika beliau ajukan tentang hal rumah tersebut kepada Lisa Surihani, dia seakan tidak mahu mengambil tahu.

“Bila dah kahwin, tidak sangka pula cita rasa kami serasi. Jadi, tiada masalah. Kami membeli perabot bersama dan semua cita rasa kami serasi,” ujar Yusry KRU.

Perkembangan berkaitan, Lisa Surihani memberitahu GUA yang drama Dimanakah Juwitaku yang akan bersiaran di Astro Ria mungkin menjadi drama terakhir beliau.

“Kemungkinan selepas drama ini, ia akan menjadi drama siri saya yang terakhir. Saya hanya mahu buat filem dan itupun saya akan lebih memilih,” ujar Lisa Surihani yang turut menafikan Yusry KRU ada campur tangan dalam keputusan ini.







sumber:rotikaya
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments