(TAHNIAH)Nazmi Faiz Bakal Bermain Di Liga Portugal Bersama Kelab SC Beira Mar

Maaf agak terlambat mengupdate cerita mengenai pemain bola sepak harapan Malaysia iaitu Nazmi Faiz. Pada mulanya Abang Nara tak terfikir untuk mengupdate cerita ini. Tup-tup dapat email yang menyatakan tidak adil untuk update sekadar gambar Nazmi Faiz dan kekasihnya sedangkan pencapaiannya yang membanggakan rakyat Malaysia tidak pula diwar-warkan di BeautifulNara.

nazmi faiz

Insaf dengan email tersebut, izinkan Abang Nara berkongsi perkembangan terbaru Nazmi Faiz. Baru-baru ini, Nazmi yang baru berusia 17 tahun telah pun menandatangi perjanjian selama 3 tahun bersama kelab SC Beira Mar di Portugal. Untuk makluman, SC Beira Mar ini bukannya pasukan cikai. SC Beira Mar berada di dalam liga yang sama bersama Porto, Benfica dan Sporting Lisbon. Untuk season yang baru tamat, SC Beira Mar menduduki tempat ke 13 di dalam liga.

nazmi faiz

Tambah mengkagumkan ialah kontrak ini telah diberikan kepada Nazmi selepas dia menjalani ujian terlebih dahulu. Ini bermakna keupayaan bermain bola sepak Nazmi telah diuji dan didapati sesuai dan sama taraf dengan pemain-pemain Eropah yang lain. Semoga dengan kejayaan Nazmi ini, makin ramai pihak yang membuka mata kepada bakat yang dimiliki oleh pemain bola sepak Malaysia. Tahniah kepada Nazmi. Tabahkan hati berada di perantauan dan jangan homesick.



sumber:beautifulnara
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
p/s: please leave our comments also
tolong komen sekali ye post ini
______________________________________________________

Post a Comment

0 Comments