Apakah Nasib Esther & Aweera?

http://www.gua.com.my/photobank/article/1/20/9A4EB137ECBB4217BCBC551933C0AA7F.jpg
Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah nasib dua finalis OIAM3, Esther dan Aweera? Persembahan mereka malam tadi tak kurang hebatnya juga. Dan tiada sesiapapun yang dapat menyangkal kehadiran mereka amat diperlukan untuk memberi nafas baru kepada industri muzik tempatan. Yang diperlukan kini, peluang untuk digilap dan dikembangkan bakat mereka.

Jika diikutkan pada dua musim lepas, syarikat rakaman Monkey Bone akan menawarkan kontrak rakaman bukan saja pada pemenang OIAM tetapi juga naib johan, seperti yang berlaku dengan Faizal Tahir (OIAM1) dan Shila (OIAM2).

Bila soalan itu dikemukakan kepada CEO 8TV Ahmad Izham Omar, diakui juga beliau sendiri Aweera dan Esther mempunyai keunikan tersendiri.

“Belum pernah lagi saya mendengar suara seperti mereka. Pada hari Isnin ini saya akan berbincang dengan kedua-duanya tentang perancangan mereka. Hasil perbincangan itu akan kami umumkan nanti.”

Tentang kemungkinan OIAM akan kembali untuk musim keempat, Izham memberitahu ia dalam pertimbangan.

“Kita perlu mengkaji sejauh manakah pertandingan ini telah menyumbang kepada industri muzik dan dari situ kami mungkin akan meneruskan dengan musim seterusnya atau mencuba sesuatu yang berbeza.”

Post a Comment

0 Comments