Nampaknya, tak tidurlah juara musim ketiga One In A Million malam ini. Masakan anda mampu tidur selepas memenangi wang RM1 juta?
Namun, perjalanan sang pria yang bernama Shah Indrawan Ismail untuk sampai ke sini bukanlah mudah. Saban minggu, ditabahkan hatinya untuk menerima kritikan bukan saja dari para juri malah kutukan penonton yang melihatnya sebagai penyanyi leleh yang bersuara sengau yang tidak layak bertanding bersama peserta-peserta lain yang lebih mantap bakat vokal mereka.
Walaupun begitu, sepanjang pertandingan, dia berjaya mengelak dari menduduki Bottom 3 sehinggalah malam ini, dimana dia hampir-hampir disingkirkan jika bukan kerana 90% penonton mengundi untuk melihat Top 3 beraksi di Grand Finale.
“Bila diumumkan tersingkir tu, Tomok terkejut. Tapi syukurlah Tomok diberi peluang kedua. Tomok berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai hasilnya walaupun pada masa itu, Tomok memang tertekan. Semangat Tomok hilang selepas diumumkan tersingkir. Tomok perlu bermula dari bawah untuk naik ke tangga teratas dan Tomok hanya mempunyai dua persembahan untuk membuktikan kemampuan Tomok.
"Jadi, Tomok beri semuanya yang ada, Tomok tak simpan. Esther dan Aweera memberikan persembahan yang cukup hebat malam ini dan saingan memang rapat. Tapi alhamdullilah, terima kasih kepada pengundi kerana tanpa mereka Tomok tidak akan berada di sini,” katanya yang melihat kemenangan ini sebagai hadiah harijadinya (dia bakal menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-25 pada 17 Mei ini) yang terbaik sekali.
Dengan hanya dua lagu – “Hanya Kau Yang Mampu” (nyanyian asal Aizat) dan “Rindu Terhenti” (karya baru Aubrey Suwito untuk OIAM3) – itu sudahpun mencukupi untuk menyerlahkan bakatnya sebagai seorang penyanyi dan penghibur. Jika selama ini dikritik sebagai hanya mampu membawa lagu-lagu rancak tetapi dengan “Rindu Terhenti”, dibuktikan kebolehannya mendendangkan lagu balada dengan penuh emosi.
“Lagu itu dipilih pihak produksi untuk Tomok. Mereka merasakan Tomok dapat membawanya dengan baik. Bagi Tomok, ini bukan sebuah lagu cinta sebaliknya menceritakan perjalanan Tomok selama ini, bagaimana Tomok tidak rindukan cita-cita lama dan benda-benda negatif. Lirik lagu itu menggambarkan segalanya yang Tomok rasakan, sebab itu Tomok dapat menjiwainya dengan baik.”
Dirinya yang sebenar
Dengan kemenangan ini, transformasinya sudah sempurna. Dirasakan bagai dilahirkan semula, nama Tomok yang sebelum ini pudar di ingatan sudah rancak disebutkan semula. Yang lebih pentingnya, Tomok bukan lagi Tomok New Boyz. Akhirnya, dia dapat menjadi dirinya yang sebenar. Menurutnya, ketika di bawah naungan SRC, apa yang ingin dilakukannya terbatas kerana trend pasaran ketika itu lebih menjurus kepada muzik pop komersial.
“Di OIAM, kita diberi kebebasan untuk melakukan apa yang kita nak, buat arrangement sendiri. Itu tujuan utama Tomok menyertai OIAM. Ramai yang masih lihat Tomok yang lama. Tomok menceburi bidang ini pada usia 15 tahun. OIAM memberi saya peluang untuk tampil dengan imej yang sebenarnya. Bebas rasanya.
“Tomok tidak sama sekali akan balik ke cara lama. Setiap minggu semasa pertandingan, Tomok menampilkan perbezaan dan itu yang orang suka. Jadi penting untuk Tomok kekalkan perubahan ini. Tetapi jika ada permintaan untuk menyanyikan lagu New Boyz, Tomok akan menunaikannya.”
Seperti yang ditegaskan sebelum ini, walaupun ingin di fokus pada kerjaya solonya dahulu, Tomok tidak akan meninggalkan band kesayangannya yang sudah sinonim dengan dirinya. Merancang untuk membuat satu projek khas dengan mereka, dijanjinya juga perubahan yang berlaku pada dirinya akan turut dibawa kepada band.
Tak tukar nama
Album solonya nanti akan mengetengahkan muzik pop rock seperti yang dibawa semasa OIAM3. Katanya juga, album yang ditawarkan itu satu karya yang berkualiti kerana ingin membalas kepercayaan yang diberikan rakyat Malaysia kepadanya.
“Sebuah album yang berkualiti juga mampu membuka ruang untuk Tomok menembusi pasaran Indonesia dan Brunei. Tomok turut ingin membuat sebuah album yang dapat menolong industri muzik kita. Harapan Tomok, album ini dapat diterima peminat dan secara tak langsung memberi semangat untuk Tomok teruskan lagi.”
Dengan penampilan solonya setelah 10 tahun dengan band, mungkin ada yang merasakan ada baiknya jika digunakan nama baru untuk membezakan diantara dirinya sebagai artis solo dan Tomok New Boyz. Namun buat masa ini, diberitahunya, tiada perancangan ke arah itu. Lagipun, bak kata tuan punya nama, Tomok nama rezeki buatnya.
“Nama itu diberi keluarga kerana masa kecil dulu Tomok berisi. Tiada orang lain yang mempunyai nama itu. Nama itu tidak akan hilang,” katanya yang selepas ini akan menyokong kakaknya di Akademi Fantasia.

0 Comments