OIAM3: Tomok Muncul Juara

http://gua.com.my/photobank/article/1/20/1E6962C86B3A4877AE49E967AC002FC7.jpg
Dengan peratusan undian sebanyak 39.3%, Tomok berjaya melakar sejarah baru dalam One In A Million apabila muncul juara musim ketiga. Esther menduduki tempat kedua dengan 33.29% diikuti Aweera yang mendapat 27.41% undian. Kejayaannya sekaligus memecahkan tradisi dimana pemenang dua musim sebelum ini adalah wanita dan menjadi peserta artis pertama yang memenangi pertandingan itu.

Walaupun pada awal pertandingan, Tomok diumumkan tersingkir, namun 90% daripada penonton telah mengundi untuk melihat ketiga-tiga finalis berentap di Grand Finale. Mendendangkan lagu hit Aizat “Hanya Kau Yang Mampu” dan lagu solo pertamanya ciptaan Aubrey Suwito, “Rindu Terhenti”, Tomok telah memberikan satu persembahan yang sememangnya mantap.

Pada 4 Mei ini, Tomok akan membuat penampilan di Malaysia Hari Ini. Dia bersama Aweera dan Esther juga akan berchatting bersama peminat di www.guamuzik.com.my menerusi OIAM Star Chat pada pukul 2 petang.

Ketiga-tiga lagu baru yang dipersembahkan Top 3 boleh kedengaran di corong-corong radio malam ini dan dibeli di
www.guamuzik.com.my.

Post a Comment

0 Comments