Kunjungan ke kota Jakarta Januari lalu telah memberi peluang kepada GUA dan rakan-rakan untuk memanjangkan ke kota Bandung, destinasi percutian membeli-belah yang cukup terkenal. Walaupun kami hanya mempunyai masa sehari untuk menjenguk kota yang banyak melahirkan band-band tempatan ini, tetapi banyak juga yang sempat dilihat.
Perjalanan ke Bandung dari Jakarta menggunakan kereta mengambil masa kira-kira dua jam melalui lebuhraya baru Cipularang. Sepanjang perjalanan ke Bandung, GUA terpesona dengan keindahan alam semulajadinya. Deretan sawah padi, bukit dan ladang teh yang menghijau cukup mempesona dan mendamaikan. Keindahan banjaran pergunungan yang sayup mata memandang ini memang sukar dilepaskan begitu sahaja walaupun ramai di antara rakan GUA terlena dibuai mimpi.
Benarlah apa yang dikatakan oleh rakan yang pernah menjejakkan kaki di sini. Keistimewaan Bandung bukanlah semata-mata kerana lokasi membeli-belahnya, tetapi kota ini juga mempunyai tarikan lain seperti deretan bangunan seni bina kolonialnya sehingga pernah diberi gelaran ‘Paris Van Java’ serta udaranya yang nyaman seperti di Cameron Highlands. Sebab itulah di sini terdapat banyak ladang stawberi. Tapi sayang, GUA tidak sempat singgah.

Di kalangan warga Indonesia, Bandung lebih dikenali sebagai ‘Kota Wisata Belanja’. Ini kerana setiap hujung minggu, kota ini menjadi tumpuan warga Jakarta untuk membeli-belah. Menurut ‘supir’ kami, jika diberi pilihan dia memang tidak mahu membawa pelancong ke Bandung pada waktu tersebut. Tambahnya lagi, pelancong bukan sahaja tidak tidak selesa menempuh kesesakan lalu-lintas, malah mereka juga akan rimas sewaktu ingin berbelanja. Terlalu ramai.
Paling merugikan tidak banyak tempat yang boleh dikunjungi kerana trafik sangat sesak sehingga sukar untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Jadi nasihat GUA, jika ingin membeli-belah atau mengelilingi Bandung dengan selesa, lebih baik elakkan waktu hujung minggu.

Tarikan sebenar ‘Kota Kembang’ (nama jolokan di kalangan orang Indonesia) ini memanglah kerana destinasi membeli-belahnya. Perkara ini sukar dinafikan. Di sini terdapat puluhan mungkin juga ratusan gedung perniagaan dan ‘factory outlet’ yang menawarkan pelbagai barangan pada harga jauh lebih murah berbanding tempat-tempat lain. Antara yang popular ialah Rumah Mode, Blossom, Heritage, Summit dan Rainbow. Namakan apa saja label fesyen yang anda gemari, Burberry, Gucci, Ralph Lauren atau BCBG, semuanya ada di sini. Bagaimanapun, mesti bijak memilih kerana ada di antaranya bukan original. Jika menggemari barangan kulit asli, boleh berkunjung ke Donatella dan Diaz.

Bagi yang ingin mendapatkan kain untuk dijadikan kebaya atau kurung moden, GUA cadangkan anda ke Pasar Baru yang terletak di Jalan Otto Iskandardinata. Pasar Baru menyediakan pelbagai pilihan fabrik dan tekstil. Kalau anda ingin mencari kain untuk dijadikan busana pengantin, di sinilah tempatnya. Harganya sangatlah murah. Sepasang kebaya berlabuci penuh hanya berharga RM200. Kalau di sini pasti mencecah ke RM700 – RM1,000. Jika tidak mahu membeli kain, bolehlah dapatkan telekung sembahyang atau kain batik jawa. Beg tangan dan pelbagai barangan cenderamata juga terjual di sini.
Bagaimana pula dengan makanan? Hrm, apa yang boleh GUA katakan, makanan di sini memang enak-enak belaka. Ikan bakar, ayam bakar, nasi padang, bakso dan nasi uduk, semuanya GUA cuba. Selain itu, jangan lupa mencuba jus alpukat (avokado) dan teh botol untuk menghilangkan dahaga. Minuman ini amat popular di kalangan penduduk Indonesia.
Tepat jam 7 malam, GUA dan rakan-rakan bertolak pulang ke Jakarta kerana pada waktu ini kebanyakan factory outlet telah pun ditutup. Lagipun, masing-masing telah kepenatan kerana seharian membeli-belah. Sedar tidak sedar, rupa-rupanya GUA telah membelanjakan hampir RM1,000. Apa tidaknya, bukan hanya membeli untuk diri sendiri tetapi untuk ahli keluarga dan juga teman-teman rapat. Dalam perjalanan pulang, hati terdetik untuk kembali bertamu di kota Bandung.

Nota perjalanan:
• Anda boleh ke Bandung dengan menaiki keretapi dari Jakarta. Namun, perjalanannya mengambil masa yang agak lama, hampir tiga jam. Tetapi sangat disarankan kepada mereka yang ingin menikmati pemandangan alam yang cukup mengkagumkan. Ini kerana laluan keretapi akan melalui kawasan pergunungan dan teres-teres padi bukit. Lebih baik ambil perkhidmatan keretapi berhawa dingin untuk perjalanan lebih selesa. Tambang yang dikenakan ialah Rp50,000.
• Jika anda ke sini tanpa menggunakan khidmat kereta sewa dan ‘supir’, anda boleh menggunakan pengangkutan awam. Tetapi perlu diingatkan, pengangkutan awam di sini cukup mengecewakan kerana tidak sistematik. Jika memilih menaiki ‘angkot’ (bus mini atau van) untuk ke sana-sini, tambang yang dikenakan dari satu tempat ke satu tempat berharga di antara Rp2,000 ke Rp3,000. Bagaimanapun, pengangkutan ini kurang ciri-ciri keselamatan. Paling menakutkan, pelancong lebih berisiko menjadi mangsa pencopet.
• Selain daripada ‘angkot’, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi. Kalau tidak mahu ditipu, gunakan perkhidmatan teksi Blue Bird kerana syarikat ini merupakan syarikat teksi terbaik di sana.
• Jalan Dago merupakan kawasan membeli-belah yang mesti anda kunjungi. Cukup popular dengan deretan factory outlets yang menjual pelbagai barangan berjenama.
• Untuk mendapatkan jeans pada harga yang cukup murah, kunjungi Jalan Cihampelas yang terkenal dengan koleksi pakaian untuk golongan muda.
• Label Ralph Lauren, BCBG Max Azria, MNG dan Esprit merupakan label yang sangat disarankan untuk dibeli di Kota Bandung kerana originality boleh dipercayai. Label-label fesyen lain agak diragui. Tetapi masih boleh dibeli, cuma perlu dibelek satu persatu.

![]() | ![]() |

0 Comments