
Riuhnya forum Cari sejak Isnin lalu, gara-gara video ‘Hunny Madu Terbukak Baju’ di AIM16 Sabtu lalu. Walaupun kejadian itu berlaku di khalayak umum, namun ramai yang sebenarnya tidak menyedari apa yang berlaku kecuali tuan empunya diri dan of course, pembikin video tersebut.
Kelakar jugaklah video itu, sampai dibuatkan dalam slow motion sekali, takut orang tak perasaan. Hunny Madu bila dihubungi tadi, mengakui tergelak juga dia bila menonton video tersebut.
“I’m okay. Nasib baik reaksi saya cepat. Bila terdengar butang itu ‘pop’, saya terus pusing badan dan pasangkannya balik. Damian sebenarnya pun tak perasan apa yang berlaku. Bila diberitahu ibu dan teman sekerja di Fly FM, tiada sesiapapun yang sedar. Hanya seorang peminat saya ini yang memaklumkan saya mengenai video itu di Facebook.”
Tambahnya, sudah disyaki butang itu mungkin membawakan masalah. Oleh itu, cuba dielaknya sebaik mungkin dari membuat sebarang pergerakan besar. Namun, apa yang dikhuatiri berlaku juga. Nasib baik disedari awal.
Jelas Hunny, idea untuk baju tersebut datang darinya serta kawannya, Nurita Harith, seorang pereka baru.
“Saya inginkan satu look 50-an yang sweet, edgy dan covered, siap dengan headpiece sekali. Make-up malam itu dari Shu Uemura juga mengikut konsep baju. Nurita siapkan draft pertama, I loved it and we went it. Dia pun tidak tahu tentang insiden itu,” cerita Hunny.
0 Comments